Your Top Questions Answered
Jawapan Untuk Soalan Soalan Lazim Anda
How do I apply to restore my land title to original tenure of 999 years?
Bagaimanakah saya memohon untuk mengembalikan hak milik tanah saya ke tempoh pajakan asal 999 tahun?
Please register yourself as a user in the Land Development Portal here.

In the menu, select "Apply to restore 999 tenure" and fill in your land title number. You can then generate a form that needs to be signed and submitted to Lands and Surveys Department Headquarters or any District Land Office.


(Sila daftar sebagai pengguna didalam Portal Pembangunan Tanah disini)

(Didalam menu, pilih "Permohonan Pengembalian Tempoh Pajakan 999 Tahun" dan isikan nombor hakmilik yang dipohon. Anda kemudian boleh mencetak borang yang perlu ditandatangani dan dihantar ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur atau mana-mana Pejabat Tanah Daerah )
What do I have to pay for the restoration to original tenure of 999 Years? Apakah pembayaran yang perlu dibuat untuk pengembalian hak milik tanah saya ke tempoh pajakan asal 999 tahun?
With effect from 16th August 2021, the following processing fees shall apply:-

(a) Residential - RM 1,000.00 each title
(b) Commercial - RM10,000.00 each title
(c) Industrial - RM10,000.00 each title
(d) Mixed Development - RM10,000.00 each title
(e) Others - Shall be determined by the State Authority

Mulai 16 Ogos 2021, kadar yuran pemprosesan adalah seperti berikut:-

(a) Perumahan - RM 1,000.00 setiap hakmilik tanah
(b) Komersial - RM10,000.00 setiap hakmilik tanah
(c) Industri - RM10,000.00 setiap hakmilik tanah
(d) Mixed Development - RM10,000.00 setiap hakmilik tanah
(e) Lain-lain Pembangunan - akan ditentukan oleh Kerajaan Negeri


When and how do I renew my leasehold property in Sabah?
Bila dan Bagaimana saya memohon pembaharuan tempoh pajakan hakmilik di negeri Sabah?
When the unexpired lease term of your title is less than 40 years; and to apply for renewal of lease term please go here to submit and online application to the Department..

(Apabila baki tempoh pajakan hamilik anda adalah kurang daripada 40 tahun; dan untuk permohonan pembaharuan tempoh pajakan sila layar ke sini untuk membuat permohonan secara dalam talian.)
How to apply for conversion and exchange of title?
Bagaimana untuk memohon tukar syarat guna dan penukaran hakmilik?
Native Title (NT) or Field Register (FR) and some CL titles are generally alienated for agricultural purpose only. Any conversion and exchange of NT/FR titles to leases must be carried out in accordance with the use as per current Local Plan. To apply for conversion and exchange of title please go here to submit and online application to the Department.


(Hakmilik Native Title (NT) atau Field Register (FR) dan hakmilik CL pada amnya diberimilik hanya untuk kegunaan pertanian. Sebarang penukaran syarat guna serta penukaran jenis hakmilik dari status NT/FR ke hakmilik pajakan perlu dibuat selaras dan berdasarkan guna syarat dinyatakan dalam Pelan Tempatan yang sedang berkuatkuasa. Untuk permohonan tukar syarat dan penukaran jenis hakmilik sila layar ke sini untuk membuat permohonan secara dalam talian.)
Why are lease renewals / extensions so expensive?
Mengapa kah pembaharuan / perlanjutan tempoh pajakan terlalu mahal?
The cost of extending a lease term relies on a concept called relativity, which describes how the value of the property drops as the lease term runs down. The lower the relativity, the more it costs to extend the lease. And that means that leaseholders who pay to extend their leases could be paying thousands of ringgit too much.

(Kos untuk perlanjutan tempoh pajakan bergantung kepada konsep relativti, dimana ia menerangkan bagaimana nilai hartanah merosot selaras dengan penyerosotan tempoh pajakan. Relativi yang rendah akan mengakibatkan kos perlanjutan tempoh pajakan lebih tinggi.)
Why and how to apply for permission to deal (Transfer, Sublease and Charge)?
Mengapa dan Bagaimana untuk memhon kebenaran urusniaga (Pindahmilik, Pajakankecil dan Cagar) hakmilik?
The title may be subject to restrictive title conditions (covenants) such as “No Dealing”, “No Transfer” or “No Sublease”. To apply for permission to deal, please go here to submit and online application to the Department. .

Hakmilik tanah adalah tertakluk kepada syarat sekatan seperti “Larangan Urusniaga”, “Larangan Pindahmilik” atau “Larangan Pajakan Kecil”. Untuk memohon kebenaran urusniaga, sila layar ke sini untuk membuat permohonan secara dalam talian.
How do I apply for subdivision and/or partition of land?
Bagaimana saya memohon pecahbahagi dan/atau pecahbahagian tanah?
(I) First you need to apply for Planning Approval for Subdivision and/or Partition of Land from the relevant Local Authority.
(II) Secondly after obtaining the Planning Approval, you will need to apply to Sabah Lands & Surveys Department to subdivide and/or partition the land. Please go here to submit and online application to the Department.

(I) Anda perlu terlebih dahulu mendapatkan Kelulusan Perancangan bagi cadangan pelan pecahbahagi dan/atau pecahbahagian tanah daripada Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

(II) Selepas itu anda perlu mengemukakan permohonan ke Jabatan Tanah dan Ukur Sabah untuk pecagbahagi dan/atau pecahbahagian tanah berdasarkan kelulusan pelan cadangan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Untuk memohon sila layar ke sini untuk membuat permohonan secara dalam talian.

Can Professional Firms (Lawyers, Land Surveyors, Architects etc) act as agents for the land owner?
Bolehkan Firma Profesional (Peguam, Juruukur Tanah, Arkitek, dll) bertindak sebagai ejen pihak pemilik tanah?
Yes, Professional Firms can submit a declaration stating they are acting on behalf of land owners.
Ya, Firma Professional boleh serahkan perisytiharan bahawa mereka bertindak sebagai ejen pemilik tanah.
For online land development application, what is the other information that is required to fill in the Application Details box?
Untuk permohonan pembangunan tanah dalam talian, apakah maklumat tambahan yang perlu diisi ke dalam Petak Terperinci dalam borang permohonan?
Please give further details pertaining to the application e.g. which covenant you wish to amend and to what.
Sila berikan maklumat terperinci berkaitan dengan tujuan permohonan, contohnya: mana satu sekatan yang perlu di ubahsuai dan kepada tujuan apa.
For online land development application,, who is to sign on the generated form - the owner or the submitting agent?
Untuk permohonan pembangunan tanah dalam talian,, siapa yang seharusnya menandatangan borang yang dijana - pemilik atau agen?
Application forms must be signed by the Owner unless the agent is a Professional Firm in which case they will submit a declaration.
Borang permohonan mesti ditandatangani oleh Pemilik melainkan ejen tersebut adalah Firma Profesional dimana mereka akan mengemukakan perisytiharan.
If I need to apply for permission to transfer and extension of building covenant for 1 title at the same time, do I need to submit 2 applications?
Sekiranya saya perlu memohon kebenaran pindah milik serta perlanjutan waad pembangunan untuk satu hakmilik pada masa yang sama, adakah saya perlu mengemukakan 2 permohonan?>
You only need to submit 1 application and you may mention the additional application/request in the Application Details box .
Anda hanya perlu mengemukakan 1 permohonan dengan menyatakan permohonan tambahan di dalam Petak Terperinci.
Must the registered user be a natural person?
Adakah pengguna yang berdaftar dimestikan orang semulajadi?
Individual as well as legal firm or professional firms may also register as user.
Tidak. Individu, firma guaman atau firma profesional boleh mendaftar sebagai pengguna.